Pengangkutan awam Oslo

Sebuah kedai penyewaan basikal di pusat bandar

Sistem pengangkutan awam, metro, tram, bas dan feri, Oslo dikendalikan oleh syarikat kepunyaan perbandaran Oslo Sporveier. Terdapat juga keretapi yang dikendalikan oleh syarikat kepunyaan kerajaan, Norges statsbaner. Semua pengangkutan awam menggunakan sistem tiket yang sama. Sistem tiket ini membenarkan pengguna yang mempunyai tiket biasa bertukar pengangkutan untuk perjalanan di dalam bandar tanpa bayaran lebih dalam masa 1 jam. Pada tahun 2004, sebanyak 160 juta perjalanan telah dibuat dengan menggunakan pengangkutan awam, dimana 85% daripada itu telah dikendalikan oleh anak-anak syarikat Oslo Sporveier dan 15% oleh syarikat-syarikat bas dan feri persendirian dibawah kontrak.[30]

Sistem tram, Oslotrikken, mengandungi 6 laluan yang silang-menyilang di dalam bandar dan berlanjut ke kawasan-kawasan subbandar. Sistem metro yang dikenali dengan nama T-bane, mempunyai 6 laluan yang menghubungi subbandar di timur dan barat. Keenam-enam laluan ini bertemu di terowong bawah tanah di tengah bandar Oslo.

Sebuah laluan gelung separuh bawah tanah telah dibuka pada Ogos 2006 yang menghubungi Ullevål di barat laut dan Carl Berners plass di timur. Pembukaan stesen Sinsen pada Ogos 2006 menandakan penyiapan laluan gelung yang menyambung dua stesen-stesen baru Nydalen dan Storo yang telah beroperasi selama dua tahun. Sistem tiket RFID dengan halangan lawang putar otomatik akan digunakan.

Udara

  • Lapangan terbang Oslo, Gardermoen dengan kemudahan keretapi laju (Flytoget)
  • Lapangan terbang Sandefjord, Torp (di provinsi Vestfold lebih kurang 2 jam dari bandar)

Laut

Terdapat hubungan feri harian ke Kiel (Germany), Copenhagen (Denmark), Frederikshavn (Denmark) dan Nesodden.

Keretapi

Oslo Sentralstasjon adalah stesen keretapi utama di Oslo. Dari sana terdapat hubungan mengarah ke Trondheim, Bergen, Stavanger, Stockholm (Sweden), Gothenburg (Sweden) dan Copenhagen (Denmark). Perkhidmatan keretapi Norway adalah amat tepat masa. Pada musim sejuk keadaan cuaca seperti salji dan ribut boleh menyebabkan kelewatan dan juga pembatalan perkhidmatan yang melintasi kawasan pergunungan di tengah Norway.

Rujukan

WikiPedia: Oslo http://www.cosmotourist.com/travel/d/i/2424901/t/o... http://www.dnv.com/publications/annual_reports/ar_... http://www.eca-international.com/news/press_releas... http://www.ekebergparken.com/en/ http://www.fdiintelligence.com/Locations/Europe/Eu... http://www.globetales.com/7-of-the-best-tourist-at... http://www.mercerhr.com/pressrelease/details.jhtml... http://www.norway.com/directories/d_company.asp?id... http://www.norway.com/directories/d_company.asp?id... http://www.oslosurf.com/innhold/00000038.shtml